April 23, 2016

Pengalaman Temuduga SPAKK KEMAS

Assalamualaikum
...and hai~   

So, basically ni merupakan pengalaman pertama saya dapat panggilan temuduga dari KEMAS dan kali pertama saya applied untuk sesi tahun 2016 ini. Alhamdulillah, sebulan kemudian saya dipanggil untuk ditemuduga. Antara butiran arahan oleh pihak KEMAS untuk sesi temuduga saya:

Tarikh temuduga: Rabu, 23 Mac 2016 
Masa: 7 pagi
Lokasi: Pusat Kemajuan KEMAS Lubok Jong, Pasir Mas.
Panel: Panel 2 *Panel dibahagikan ikut daerah. Which panel you are akan diberitahu melalui panggilan temuduga (phone calls) oleh pegawai KEMAS.
Pakaian: Pakaian sukan yang sopan. (untuk both sessions)


So, straight to the point. Benda wajib dibawa semasa iv (original copy/sijil asal ye):

  • Kad Pengenalan / IC
  • Sijil SPM
  • Sijil Diploma
  • Transkrip Diploma
  • Lain-lain (sijil kokurikulum & segala mak nenek sijil penyertaan dari form 3 until zamang universiti deh)


Okay, so temuduga ni terbahagi kepada 2 bahagian - Ujian kecergasan & Ujian Lisan (Temuduga). Haa kenapa ada ujian kecergasan?  Biasa lah, nak jadi cikgu tadika memang kena yakin anda seorang yang aktif dan kekal bertenaga bak iklan Milo. Tugas uols nanti nak layan kerenah budak-budak macam-macam, not to mention yang hyper, yang energetic, yang crybaby, yang jenis tak nak bergerak @ pasif, dan banyak laagiii lah (nanti dah sertai bidang ni uols akan faham :D)
In short (macam buat esei haa) anda kena kuat mental dan fizikal.

Ok done intro terpanjang lebar tuh.

Next, sebelum ujian kecergasan, pegawai kat sana akan kumpulkan calon reramai, dan buat warm-up. 
*Tip: jangan makan / minum sebelum buat larian kalau perut jenis cepat masuk angin mcm saya. Lol. Nanti mendapat sebijik cramp perut yada yada~ This will affect your performance. Kalau nak breakfast, sila makan sebelum keluar rumah.

UJIAN KECERGASAN (40markah)
Larian 2.4km. Masa akan dicatat.

10 min – kad hijau (excellent)
15 min – kad biru (good)
20 min – kad kuning (medium)
20 min ke bawah – kad merah (bad/fail)

*Nak harapan untuk terpilih lebih tinggi, sila pastikan uols dapat at least kad kuning.
If you get red card, be prepared to give up & go home. (even petugas kat sana pun akan suggest awak untuk balik je) 
So please, hungga derah deh! hukhuk 

Okay, lepaih dah cool down dgn pusing padang sat, maka sila bergerak ke pusat temuduga masing-masing. Di sini berlakunya Ujian Lisan di mana semua candidates sibuk dengan buku nota dan surat sokongan masing-masing *latar muzik seram.

k, lame joke.
.

Uh, move on. 

UJIAN LISAN. 30 minit. (60 markah)

Berapa orang masuk serentak?
Yang ni depends pada organisasi / penemuduga / bilangan calon. Since ramai dan penemuduga pun nak setelkan cepat-cepat gak, kami masuk 3 orang serentak. (its good / advantaging sbb boleh bekerjasama & cedok idea / give us lebih masa untuk bagi jawapan while candidates lain tgh bercakap).

Ni antara soalan-soalan yang diajukan kepada saya and the geng (giteww)

  • Intro diri (in English) 
Ringkas dan padat! (nama, umur, berasal dari, pendidikan tertinggi, current job *kalau bekerja).

  • Kenapa berminat dgn kemas? Apa spesial specialnya awak untuk jadi sebahagian dari warga Kemas? (in English juga) (Exact question ni)
Kami cakap psl kami pernah babysit budak-budak / anak buah. Sorang lagi cerita pasal pengalaman dia sebagai guru tadika-currently kerja di tadika swasta di Penang. Termasuk lah ciri-ciri kami yg amat sukakan anak kecil dan kreatif ya Rabbi. (jwb dlm bi)

  • Setakat ni kami belum nampak passion kamu nak jadi cikgu. Cer tunjuk sikit mcm mna cara awak nak ajar kanak-kanak. (Cara terbaik nak ajar kanak-kanak).
Kitorang semua kena menyanyi dan menari lagu bebudak. Lololol. Sila buat gaya macam yang interviewers tu macam tiga ketul budak hitam lah. Buat steady jah and use your imagination dan sila takyah cover ayu.

  • Hari pertama awak bekerja di tadika. Apa yang awak akan buat? (this was a tricky question, diorang actually nak tengok cara uols handle situation, so sila bagi jawapan yang realistic)
Sorang cakap akan amik list nama murid. Buat sesi ice breaking afterwards. Sorang lagi- check environment / surrounding tadika inside out. ME- pergi seawal mungkin utk sambut murid sambil berkenalan dgn parents murid. Spend some time borak dgn murid & parents utk tahu minat & latar belakang mereka. (in this situation, on your first day, kau ghase apa yang paling penting perlu kau buat? Tik..tik..tik..)

  • Apa ciri sebenar guru tabika kemas ni? (i was the first one kena jawab soalan ni)
Ikhlas. Sabar. Kreatif…

  • Kreatif tu yang kami nak. Memang betul pun kreatif tu penting. Tunjukkan kami ke-kreatifan awak. Suka hati awak lah nak menari ke breakdance ke nak berpidato ke. He pointed to one of us. Haa awak, tunjuk kebolehan awak.
So, she told them she can do dancing + singing (advantage dia sebab dia memang tengah kerja sebagai cikgu tadika). Masa dia tengah syok performed tu, kitorang (lagi 2 org calon) yang tersengih-sengih konon cover gabra pun disuruh join menari sekaki. Haru biru gegey gegok ore Kelate royak. The good thing was it got happening + fun so diorang jadi terhibur, hukhuk. Dan berkata lah mereka ini: "Haa, ni baru nampak semangat nak jadi cikgu tabika." Yeay. Kami pun tumpang seronok *sambil tarik kerusi yang dah tercampak entah kemana.

Soalan seterusnya was rather in santai mood. Macam borak-borak as they looked kinda pleased dgn usaha kami menari, menyanyi, berlakon bagai. lols. So you know what to do kan? Pointnya, make it fun.

Masa ni gak, diorang membawang jap *sempat haa*, like how they were so stressed out sebab most of the candidates bila masuk bilik kena interview, calon kebanyakannya tak nak bercakap pastu asyik buat muka. Aiyohh. Bad candidates :P
*Ingat ye gais, jangan ingat job mengajar budak 6 y/o ke bawah ni senang, kalau takde passion or sebab sesaja nak isi masa lapang, please back off, bagi peluang kepada yang lebih memerlukan. This job requires more than efforts, it needs love and passion. Tak lupa, yang paling utama, amanah. 

Ok, next ---

  • Penemuduga lelaki: *lupa exact ques. Tapi apa contribution kami untuk naikkan nama KEMAS kalau terpilih. Haa awak (me), apa yg awak boleh buat. Sukan aktif tak?
Kalau nak diikutkan (sila jujur walaupun pahit, hukhuk) saya memang tak aktif sukan. Tapi kalau diberi peluang, saya akan berusaha sehabis baik untuk jadi lebih aktif dlm aktiviti sukan.

  • Ok, sukan apa awak boleh main?
Saya boleh lari. Ooo sprint? *angguk-angguk*. Ya sprint. (haha, padahal dah lama tinggalkan larian lepas abih sekolah menengah.) Saya boleh jgk main badminton. Tenis pn saya pernah main.
Lepaih tu dia tanya next calon lh sukan apa yg boleh main.

  • Isu semasa yang awak tahu? (Sila rajin follow up latest news kat newspaper or any social medias & make sure it is legit. JANGAN repeat isu semasa yg sama. it bore them to death. Lagi bila almost semua applicant talk about that same issue.)
Sorg ckp psl TPPA, sorang lg psl GST @ matawang @ isu minyak. *lupa*
Mine psl kerajaan nak memantapkan pendidikan tahfiz & sukatan pelajaran baru Kemas which are PPI (penghayatan Pendidikan Islam) & patriotism.
*elakkan dari isu politik. Jenuh nak menjawab kalau depa tanya pasal pendapat kita mengenai isu tu.

  • Betul ke awak betul-betul berminat nak jadi warga Kemas ni?
Ehh mestilah berminat. Sebab tu saya sanggup  bangun pukul 5 pagi tadi. Larian tadi pun pulun sehabis daya kut XD *taktau where did I get the courage cakap camni dgn diorang. Nasib baik lawak hampeh itu dilayan. Hukhukhuk. Phew~

  • Tadi larian dapat kad apa?
Me & lg sorg dpt biru. Sorg lg dpt kuning.

  • Ok, ada apa-apa soalan?
Me: Biasanya dalam setiap intake berapa ramai yang diambil untuk join SPAKK ni?
Kdg 50 orang. Kdg langsung tak de. Depends pada potensi calon. Omakkk. Dasyat betoi.

Calon 2: Kursus berapa bulan and kat mana?
6 bulan. Tapi kalau mcm awk calon 2 (diploma awal kanak-kanak), 3 bulan shj. Tempat bergantung- biasanya kami tak pernah hantar kat Terengganu. Kat Kuala Lumpur kot. Ow. Ok. T.T



  Tips-tips lain:

  • To know / be prepared of what they are looking for – new concept of teaching ideas ke, be creative
  • Dalami ilmu agama. Nasyid, tadarus, baca doa-doa pendek, hukum tajwid,  etc.*Bonus kalau terer bab tadarus al-Quran!
  • Aktif sukan
  • Pidato, bercerita, teater @ any seni persembahan. Show your talent sbb student Kemas perlu ambik bahagian dlm pertandingan!
  • Ambil tahu pasal politik. Most important nih! Salah sorang dari kami kena soal pasal siapa ADUN Limbongan kawasan dia. Which party does she choose? Dah mengundi ke belum? Dah daftar mengundi @ belum? Pakcik, Makcik, Mak Ayah awak sokong apa? Haaa. I was shivering inside while she was being interrogated. T_T *so sebelum hantar borang SPAKK KEMAS, sila pastikan anda telah daftar untuk mengundi & join Puteri UMNO. Lololol @_@
  • Penemuduga mungkin psycho + tend to be cerewet & annoying (bg kita) but u can handle this by being positive, calm & sentiasa senyum. Apologise if you made mistakes & be honest. Taktau cakap je taktau / lupa. Diorang have to hadap all kind of ragam calon for these past 3 days of iv. Don’t blame them if they looked bored / stressed.  Kita yg kena capture their attention. So, make yourself stand out. Show your passion & energy!


Tips lain:
Yg perlu dibaca & ambil tahu:

  • Pasal KEMAS.
  • Apa itu tadika / taska.
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
  • Menteri Kabinet
  • Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  • Isu Semasa
  • Political issues – sediakan as much as u can. Kot-kot depa dh bosan dgr isu semasa yg sama dri calon lain. *ada beratus calon kannn.
  • ADUN kawasan
  • Pengarah KEMAS


* temuduga hari ke 2 – 3 mostly takkan ditanya pasal ni sbb diorang pun dh muak tanya soalan yg kita dah hafal jawapannya. Tp better be prepared.

Satu lagi pesanan khidmat masyarakat untuk bakal-bakal pemohon / bakal going through le iv KEMAS; 

Apa-apa pun, letak pengharapan anda pada Allah s.w.t. Not to human being. Yang memberikan kita rezeki adalah Allah yang Maha Esa. Jadi, minta dari Dia. 

There's no shortcut to SUCCESS.

Solat Dhuha jangan lupa, Al Quran jangan tak baca, dan solat awal waktu ye, (baru lah doa kita mudah makbul) Minta kat Allah agar dibukakan pintu hati & mata penemuduga untuk pilih awak yah!

*Pengalaman saya masa iv haritu, I’ve seen almost semua candidates bawa surat sokongan. Kat panel kami, hanya saya dan seorang hamba Allah ni sahaja yang tak ada surat sokongan. Ye, usaha itu penting. Berusahalah. Tapi jangan letak harapan pada manusia. Tawakkal pada Allah. Kalau dah rezeki anda, takkan dapat kat orang lain. Kalau ditakdirkan anda tak dapat, redha dan yakin dgn aturan-Nya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk awak-awak. Bersangka baik. Selalu saya tengok, ramai bebudak PAKK (pendidikan awal kanak-kanak) tak dapat. Yang ada sijil diploma lain dapat pulak. Hm, rezeki Allah dah atur elok-elok. Recheck apa yang kita jawab semasa iv @ ujian kecergasan. Diploma PAKK bukan jaminan dapat position ni. Recheck, perbaiki diri & jangan cepat putus asa. Tak ada istilah orang pakai kabel je dapat.
Saya pun takde kabel / surat sokongan. Bekal hanya doa orang sekeliling. Tapi Allah bagi saya rezeki ni. Saya berjaya dapat walaupun pertama kali memohon. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi. (: Just believe in Him.

Sekian perkongsian pengalaman untuk bakal-bakal pemohon SPAKK KEMAS. Semoga bermanfaat, InshaAllah.

Allah yuftah alaikum ya next candidates! (Semoga Allah membuka jalan kepada kamu).


p/s: Jangan lupa baca doa mintak dilancarkan lidah untuk jawab soalan penemuduga + kurangkan gugup. :)

Adois. lol